Program RBC 2.0 merupakan penambahbaikan daripada program RBC terdahulu di mana terma, syarat dan proses penilaian ditambah baik bagi mengenal pasti pemenang-pemenang yang berpotensi.

  Menggalakkan golongan belia khususnya di luar bandar memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan;
  Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan kepada penduduk tempatan luar bandar; dan
  Mewujudkan kawasan luar bandar yang menarik untuk didiami.

  Setiap Pemenang yang terpilih akan memperolehi geran sehingga RM1 juta tertakluk kepada terma, syarat dan penilaian.
  Jumlah keseluruhan geran yang akan ditawarkan kepada para pemenang adalah sebanyak RM15 juta.

Permohonan adalah tertakluk kepada premis perniagaan yang beroperasi di kawasan parlimen luar bandar seperti di Lampiran.

TIDAK BOLEH. Pemenang mestilah melaksanakan jenis / sektor perniagaan seperti yang telah dicadangkan di dalam Rancangan Perniagaan (RP).

Tertakluk kepada pertimbangan pihak KKDW dari semasa ke semasa.

TIDAK LAYAK, KECUALI pemenang-pemenang RBC dalam kategori Idea Perniagaan bagi tahun 2013 sehingga 2016.

Pemohon yang memiliki perusahaan yang tidak mempunyai elemen-elemen bioekonomi atau ekonomi hijau juga layak memohon.

Pemohon boleh menghubungi Sekretariat RBC di alamat serta nombor telefon yang tertera di halaman utama.

Proses penyertaan program RBC 2.0 adalah seperti berikut:
  Lengkapkan borang permohonan Rancangan Perniagaan di pautan format RP. Dokumen perlu di simpan dalam bentuk pdf.
  Lengkapkan Ujian Psikometrik di laman sesawang INSKEN. Muat turun keputusan ujian psikometrik.
  Sediakan video pengenalan perniagaan anda. Video perlu diletakkan di dalam youtube.
  Lengkapkan borang permohonan RP melalui sistem di pautan Log Masuk Sistem ini. Muat naik dokumen-dokumen di atas ke dalam sistem.